Monday, 1 September 2014

BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)

Jemaah menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan
Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara . Tugas jemaah menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan.
Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri . Biasanya , Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.
Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.

Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.
Pada peringkat kementerian , pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan dibantu oleh kakitangan kerajaan.
Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan tugas dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
Terdapat badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun dan badan berkanun mempunyai peruntukkan kewangan sendiri.
Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan .
 Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.
Beberapa contoh Badan Berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) , Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

No comments:

Post a Comment