1) DEMOKRASI BERPARLIMEN
2) STRUKTUR PARLIMEN DI MALAYSIA
3) SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA
4) CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN
5) PERLEMBAGAAN
6) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
7) KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
8) PINDAAN PERLEMBAGAAN
9) RAJA BERPERLEMBAGAAN
10) KUASA PEMERINTAH ;
- Badan Perundangan (Legislatif)
- Badan Pelaksana (Eksekutif)
- Badan Kehakiman (Judisiari)
11) PILIHAN RAYA
Monday, 1 September 2014
DEMOKRASI BERPARLIMEN
•Parlimen
Malaysia melambangkan keutuhan Sistem Demokrasi Berparlimen
& Raja Berperlembagaan .
•Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan maksud YDPA
sebagai ketua
Negara .
•Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan , iaitu Perundangan , Kehakiman
& Pentadbiran/Eksekutif .
•Parlimen
Persekutuan mengandungi YDPA dan dua Dewan iaitu Dewan Negara & Dewan
Rakyat .
STRUKTUR PARLIMEN DI MALAYSIA
•Sistem pemerintahan malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu Yang
Di-Pertuan agong,Dewan Negara,Dewan
Rakyat.
•Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan sendiri.
•Terdapat juga permintaan
yang tidak memberi ruang kepada rakyat unuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.
•Sistem Pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang
mendaulatkan kebebasan rakyat .
•Unsur penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”.
•Demokrasi mempunyai makna yang
bertentangan dengan Autokrasi .
SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA
•Kuasa Perundangan
Persekutuan terletak kepada parlimen yang
mengandungi Yang
Di-pertuan Agong dan dua majlis yang
dinamakan Dewan
Rakyat dan Dewan
Negara.
•Dalam demokrasi berparlimen,rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan.
•Sistem Demokrasi di
Malaysia Mengamalkan pilihanraya.
•Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik.
CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN
•Negara
demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan negara.
•Malaysia
telah mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berpalimen dan raja
berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun
1957.
•Sistem ini mengekalkan raja
sebagai pemerinntah tertinggi negara dan negeri yang
di bantu oleh perdana menteri.
PERLEMBAGAAN
•Pemerintahan
Malaysia yang bercirikan demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagan .
•Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip .
•Perlembagaan
Malaysia diperkenalkan pada 16 September
1963 dan mengandungi 183 perkara.
•Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti:
- Senarai Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri
- Institut di-Pertuan Agong , Parlimen , Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman
•Perlembagaan
Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
•Negeri-negeri yang
bergabung dengan persekutuan
Malaysia diberi hak , kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Negeri.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
•Pemerintah
Malaysia mengamalkan keluhuran perlembagaan yang
merupakan prinsip rukun negara yang
ketiga.
•Keluhuran Perlembagaan
Malaysia mengatasi Yang
di-Pertuan Agong , Parlimen ,
Jemaah Menteri dan Mahkahmah .
•Maka , undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagan Persekutuan.
•Perkara 75 menyatakan undang-undang negeri yang
bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
•Perlembagaan
Persekutuan memperuntukan kuasa kepada mahkamah.
•Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang.
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
•Pemerintahan
Malaysia mementingkan perlembagaan yang
berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan pentadbiran.
•Perlembagaan
Malaysia menjamin taat setia rakyat dengan memegang matlamat yang
sama.
•Perlembagaan
Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara .
•Perlembagaan
Malaysia, dalam perkara 153 memperuntukkan peranan Yang
di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan
orang Melayu dan bumiputera di
Sarawak & Sabah.
PINDAAN PERLEMBAGAAN
•Sejak tahun 1957
Perlembagaan
Malaysia telah dipinda beberapa
kali.
•Pindaan bertujuan untuk sentiasa relevan melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.
•Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalakan secara terbuka.
•Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970
yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya.
•Antara pindaan besar yang
telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti(kekebalan) bagi Yang
di-Pertuan Agong dan Raja
yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.
RAJA BERPERLEMBAGAAN
•Raja
Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut mengikut peruntukkan dalam Perlembagaan
Malaysia.
•Yang
di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan
Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.
•Yand di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan Raja
Melayu.
•Pemilihan Yang
di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukkan dalam Perlembagaan
Malaysia.
•Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita.
KUASA PEMERINTAHAN
•Malaysia
ialah sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan yang
mengamalkan konsep pengasingan kuasa .
•Menurut konsep ini , kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu ;
--->Badan Perundangan (Legislatif)
--->Badan Pelaksana (Eksekutif)
---> Badan Kehakiman (Judisiari)
BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
•Fungsi Badan Perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
•Parlimen ialah badan perundangan yang
bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang
di-Pertuan Agong, Dewan Nagara dan Dewan
Rakyat.
•Dewan
Negara atau senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara , mengandungi
69orang ahli . Ahlinya digelar
Senator.
•Keahlian Dewan
Negara dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong.
•Dewan
Rakyat merupakan dewan terpenting dan Dewan
Rakyat mengandungi 219
orang ahli.
•Tugas utama Dewan
Rakyat adalah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan
Rakyat.
BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)
•Jemaah
menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan
•Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara . Tugas jemaah menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan.
•Perdana Menteri merupakan Ketua
Jemaah Menteri . Biasanya , Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.
•Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.
•Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
•Seseorang Menteri yang
tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.
•Perkhidmatan awam di
Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha
Negara.
•Pada peringkat kementerian , pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan dibantu oleh kakitangan kerajaan.
•Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan tugas dan dasar yang
ditetapkan oleh kerajaan.
•Terdapat badan-badan kerajaan yang
dikenali sebagai badan berkanun dan badan berkanun mempunyai peruntukkan kewangan sendiri.
•Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang
bertanggungjawab kepada Menteri yang
berkenaan .
• Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang
besar untuk mempercepat pentadbiran dan
program pembangunan di bawah rancangan lima
tahun kerajaan.
•Beberapa contoh Badan Berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA)
, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
(MADA) dan Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM).
•Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
•Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan
Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
Subscribe to:
Comments (Atom)