Monday, 1 September 2014

ISI KANDUNGAN

1) DEMOKRASI BERPARLIMEN
2) STRUKTUR PARLIMEN DI MALAYSIA
3) SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA 
4) CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN
5) PERLEMBAGAAN
6) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
7) KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
8) PINDAAN PERLEMBAGAAN
9) RAJA BERPERLEMBAGAAN
10) KUASA PEMERINTAH ;
           - Badan Perundangan (Legislatif)
       - Badan Pelaksana (Eksekutif)
       - Badan Kehakiman (Judisiari)
11) PILIHAN RAYA 

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan Sistem Demokrasi Berparlimen & Raja Berperlembagaan .
Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud YDPA sebagai ketua Negara .
Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan , iaitu Perundangan , Kehakiman & Pentadbiran/Eksekutif .

Parlimen Persekutuan mengandungi  YDPA dan dua Dewan iaitu Dewan Negara & Dewan Rakyat .

STRUKTUR PARLIMEN DI MALAYSIA

Sistem pemerintahan malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu Yang Di-Pertuan agong,Dewan Negara,Dewan Rakyat.
Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan sendiri.
Terdapat juga permintaan yang  tidak memberi ruang kepada rakyat unuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.
Sistem Pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan  rakyat .
Unsur penting dalam demokrasi ialahpemerintahan rakyat”. 

Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan  Autokrasi .

SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA

Kuasa Perundangan Persekutuan terletak kepada parlimen yang mengandungi Yang Di-pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dalam demokrasi berparlimen,rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan.
Sistem Demokrasi di Malaysia Mengamalkan pilihanraya.
Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik.

CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan negara.
Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berpalimen dan raja berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Sistem ini mengekalkan raja sebagai pemerinntah tertinggi negara dan negeri yang di bantu oleh perdana menteri.

PERLEMBAGAAN

Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagan .
Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip .
Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 dan mengandungi 183 perkara.
Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti:
        - Senarai Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri
        - Institut di-Pertuan Agong , Parlimen , Jemaah                            Menteri dan Badan Kehakiman
Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Negeri-negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberi hak , kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Negeri.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Pemerintah Malaysia mengamalkan keluhuran perlembagaan yang merupakan prinsip rukun negara yang ketiga.
Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong , Parlimen , Jemaah Menteri dan Mahkahmah .
Maka , undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagan Persekutuan.
Perkara 75 menyatakan undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa kepada mahkamah.

Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang.

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

Pemerintahan Malaysia mementingkan perlembagaan yang berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan pentadbiran.
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat dengan memegang matlamat yang sama.
Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara .

Perlembagaan Malaysia, dalam perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak & Sabah.

PINDAAN PERLEMBAGAAN

Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali.
Pindaan bertujuan untuk sentiasa relevan melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.
Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalakan secara terbuka.
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya.

Antara pindaan besar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti(kekebalan) bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

RAJA BERPERLEMBAGAAN

Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut mengikut peruntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.
Yand di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan Raja Melayu.
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita.

KUASA PEMERINTAHAN

Malaysia ialah sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa .
Menurut konsep ini , kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu ;
                     --->Badan Perundangan (Legislatif)
                     --->Badan Pelaksana (Eksekutif)

                     ---> Badan Kehakiman (Judisiari)

BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)

Fungsi Badan Perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Nagara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara atau senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara , mengandungi 69orang ahli . Ahlinya digelar Senator.
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting dan Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli.

Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.

BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)

Jemaah menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan
Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara . Tugas jemaah menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan.
Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri . Biasanya , Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.
Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.

Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.
Pada peringkat kementerian , pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan dibantu oleh kakitangan kerajaan.
Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan tugas dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
Terdapat badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun dan badan berkanun mempunyai peruntukkan kewangan sendiri.
Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan .
 Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.
Beberapa contoh Badan Berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) , Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.