Monday, 1 September 2014

ISI KANDUNGAN

1) DEMOKRASI BERPARLIMEN
2) STRUKTUR PARLIMEN DI MALAYSIA
3) SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA 
4) CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN
5) PERLEMBAGAAN
6) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
7) KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
8) PINDAAN PERLEMBAGAAN
9) RAJA BERPERLEMBAGAAN
10) KUASA PEMERINTAH ;
           - Badan Perundangan (Legislatif)
       - Badan Pelaksana (Eksekutif)
       - Badan Kehakiman (Judisiari)
11) PILIHAN RAYA 

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan Sistem Demokrasi Berparlimen & Raja Berperlembagaan .
Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud YDPA sebagai ketua Negara .
Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan , iaitu Perundangan , Kehakiman & Pentadbiran/Eksekutif .

Parlimen Persekutuan mengandungi  YDPA dan dua Dewan iaitu Dewan Negara & Dewan Rakyat .

STRUKTUR PARLIMEN DI MALAYSIA

Sistem pemerintahan malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu Yang Di-Pertuan agong,Dewan Negara,Dewan Rakyat.
Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan sendiri.
Terdapat juga permintaan yang  tidak memberi ruang kepada rakyat unuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.
Sistem Pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan  rakyat .
Unsur penting dalam demokrasi ialahpemerintahan rakyat”. 

Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan  Autokrasi .

SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA

Kuasa Perundangan Persekutuan terletak kepada parlimen yang mengandungi Yang Di-pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dalam demokrasi berparlimen,rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan.
Sistem Demokrasi di Malaysia Mengamalkan pilihanraya.
Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik.

CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan negara.
Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berpalimen dan raja berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Sistem ini mengekalkan raja sebagai pemerinntah tertinggi negara dan negeri yang di bantu oleh perdana menteri.

PERLEMBAGAAN

Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagan .
Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip .
Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 dan mengandungi 183 perkara.
Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti:
        - Senarai Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri
        - Institut di-Pertuan Agong , Parlimen , Jemaah                            Menteri dan Badan Kehakiman
Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Negeri-negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberi hak , kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Negeri.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Pemerintah Malaysia mengamalkan keluhuran perlembagaan yang merupakan prinsip rukun negara yang ketiga.
Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong , Parlimen , Jemaah Menteri dan Mahkahmah .
Maka , undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagan Persekutuan.
Perkara 75 menyatakan undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa kepada mahkamah.

Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang.